00:00Penganalisis berpendapat sistem sedia ada untuk memilih Perdana Menteri telah memadai tanpa perlu meminda perlembagaan seperti digesa pemimpin bersatu, Noh Omar.
00:12Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, lazimnya yang dipertuan agong sebagai ketua negara dilihat bertindak sama seperti Sultan atau Gubernur Negeri yang melantik orang Melayu beragama Islam sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri.
00:28Kemarin, Noh, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata perlembagaan wajah dipenda bagi menetapkan jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh orang Melayu beragama Islam.
00:40Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, realiti politik menjamin bahawa Perdana Menteri akan dipilih atas sokongan Ahli Parlimen yang kawasan masing-masing didominasi pengundi Melayu dan Islam.
00:54Awang Azman percaya hanya watak politik terpinggir akan cuba mencipta isu tak relevan ini sambil menggesa pemimpin Melayu fokus pada masyarakat.
Be the first to comment