00:00Penganalisis politik berkata rombakan Jemaah Menteri terbaru Perdana Menteri Anwar Ibrahim
00:06mencerminkan satu penyesuaian semula yang menyaksikan kedudukan UMNO lebih kuat
00:12manakala DAP dilihat kehilangan pengaruh.
00:16Azmi Hassan dari Ekademi Nusantara menifatkan kedudukan DAP dalam rombakan Jemaah Menteri itu umpama turun taraf.
00:23Azmi menambah adalah tidak mengejutkan apabila DAP diturun taraf kerana parti itu dilihat terlalu banyak buat tuntutan
00:31khususnya mengenai sijil peperiksaan bersepadu atau UEC sedangkan ia dalam kedudukan yang lemah.
00:38Sebaliknya Azmi berkata rombakan tersebut menunjukkan kedudukan UMNO semakin kuat
00:43khususnya apabila Johari Ghani mengambil alih Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri yang merupakan portfolio penting.
00:52James Chin dari Universiti Tasmania berkata perubahan yang melibatkan tokoh DAP boleh dilihat sebagai satu mesej
00:59kepada pengundi Melayu bahawa Anwar sedang mengukuhkan pendiriannya terhadap wakil-wakil China
01:05dan mendorong kehadiran Melayu yang lebih kuat dalam kerajaan.
01:10Zahra Alamia Syahir, FMT
Comments