00:00Pergolakan dalaman Bersatu menyebabkan PAS perlu menonjolkan dirinya sebagai parti berwibawa menjaga pelbagai kaum melangkaui kubu kuatnya di negeri-negeri utara dan pantai timur.
00:11Penganalisis politik Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata perbalahan terbuka Bersatu yang tercetus selepas serangan terbuka Wan Saiful Wan Jan terhadap setiausaha agong Azmin Ali
00:22menyebabkan perpecahan siris yang menibulkan keraguan terhadap kemampuan parti Melayu itu untuk memimpin negara.
00:31Fauzi menambah Bersatu yang sepatutnya membawa imej sederhana tetapi dengan masalah semasa melandanya keperluan untuk PAS tampil lebih layak dipilih dan bersifat terbuka kepada semua semakin mendesak.
00:44Namun Fauzi mengingatkan PAS supaya tidak kelihatan terlalu gembira dengan masalah dihadapi Bersatu.
00:50Fauzi berhujah bahawa PAS mempunyai peluang keemasan untuk mengimbangi semula Perikatan Nasional dengan acuan Islam dan menunjukkan
00:58bahawa parti itu mampu mentadbir secara inklusif dalam sebuah Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
01:06Sementara itu Taufik Yaakob dari Universiti Melayu berkata PAS perlu merubut peluang untuk mengetuai BN
01:12sambil menyefatkan perbalahan dalaman Bersatu sebagai satu aib yang menjejaskan kepercayaan pengundi menjelang pilihan raya negeri Sabah dan pilihan raya umum akan datang.
Be the first to comment