00:00Setiausaha Pemuda UMNO Hafiz Arifin berkata tindakan MCA yang berulang kali memberi kata dua untuk keluar barisan nasional
00:09menyebabkan amaran itu tidak lagi beri kesan jika tidak disertakan dengan haletuju yang jelas.
00:16Hafiz berkata meneruskan kerjasama dalam gabungan itu kekal sebagai pilihan paling praktikal untuk parti tersebut.
00:23Hafiz juga berkata MCA mempunyai pilihan yang terhad di luar BN sambil menambah bahawa Pakatan Harapan tidak mungkin menjadi pilihan kerana DAP turut berada dalam gabungan itu.
00:37Azmi Hassan dari Ekarminu Santara berkata BN dan UMNO tidak begitu peduli sama ada MCA kekal atau menyertai gabungan lain
00:46sambil menegaskan MCA berada dalam kedudukan yang lemah dan tidak mempunyai pengaruh untuk mengemukakan tuntutan.
00:55Semalam Presiden UMNO Zahid Hamidi berkata partinya tidak mempunyai hubungan langsung dengan DAP
01:01dan menjelaskan bahawa BN hanya menjalin hubungan gabungan dengan gabungan bersama PH.
01:08Zahra Alam Yehe Syahir, FMT
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments