Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
Ringgit ditutup tinggi pada 27 Julai 2026 berbanding dolar Amerika Syarikat dan mata wang utama lain menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Selasa dan Rabu antaranya bagi menetapkan pendirian berkaitan kadar faedah.

Namun, bagaimana pula prestasi ringgit untuk hari ini?
Transcript
00:00Terima kasih Hafiz. Seperti yang Hafiz katakan saya akan kongsikan pergerakan prestasi ringgit di mana kalau nak kongsikan dulu ringgit
00:06ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS pada Selasa dan
00:14Rabu antaranya bagi menetapkan pendirian berkaitan kadar faedah.
00:18Pada 6 petang ringgit meningkat kepada 4.0835 hingga 0875 berbanding dolar AS daripada 4.0885 hingga 0935 ketika ditutup
00:31pada Jumat lepas.
00:32Namun bagaimana pula dengan prestasi ringgit untuk hari ini? Kalau kita boleh kongsikan ringgit pada waktu ini setakat 28 Julai
00:402026 pada 9.32 pagi ia berada pada paras 4.0855.
00:47Dan di depan saya ini kalau kita boleh tunjukkan adalah prestasi ringgit dalam jangka masa seminggu kita dapat saksikan naik
00:54turun ringgit itu dan kalau graf itu menurun menunjukkan ataupun menandakan nilai ringgit itu mengukuh dan jika graf itu menaik
01:02menunjukkan ataupun menandakan nilai ringgit itu melemah.
01:05Jadi dalam jangka masa seminggu ini kita dapat saksikan nilai ringgit itu paling lemah adalah pada hari ini kalau kita
01:13boleh kongsikan pada 24 Julai 2026 dan parasnya adalah pada 4.0974.
01:22Itu paling lemah. Namun untuk prestasi yang paling kukuh untuk dalam jangka masa seminggu ini adalah lebih kurang pada 27
01:30Julai 2026 setakat 10.30 pagi dan ia berada pada paras 4.0825.
01:36namun dalam jangka masa seminggu ini ia berlegar-legar tidak banyak berubah juga antara 4.08 dan juga 4.09
01:44dan kita akan teruskan saksikan prestasi ringgit ini dari semasa ke semasa namun ini adalah setakat hari ini 28 Julai
01:542026.
01:54Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended