00:00Seramai 13 kanak-kanak cedera selepas sebuah keneraan merempuh pusat jagaan kanak-kanak di Kanchanaburi, Barat Thailand dalam kejadian pada
00:08Jumaat.
00:09Insiden berlaku sekitar pukul 11 pagi di Bang Nong Songton, daerah Muang apabila sebuah Honda Civic dipandu seorang lelaki dipercayai
00:18hilang kawalan sebelum melanggar pagar pusat jagaan milik pertubuhan pentadbiran subdaerah Kang Sien.
00:25Runtuhan dinding konkret akibat rempuhan itu menyebabkan 13 kanak-kanak cedera terutamanya di bahagian kepala.
00:33Hentaman kuat menyebabkan struktur pagar rosak teruk sebelum keneraan tersebut terhenti selepas melanggar pokok pisang di belakang bangunan.
00:42Ketika kejadian, pusat berkenaan menempatkan 34 kanak-kanak.
00:46Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala 21 kanak-kanak lain dibenarkan pulang bersama ibu bapa
00:54selepas disahkan selamat.
00:56Pihak polis kini menjalankan siasatan dengan mewujudkan pusat kawalan insiden di lokasi kejadian bagi mengumpul maklumat berkaitan kemalangan itu.
01:04Menurut laporan media tempatan, keneraan tersebut membawa dua individu ketika kejadian berlaku.
01:09Siasatan awal mendapati pemandu berusia 54 tahun dipercayai mengalami masalah kesihatan berkaitan jantung
01:17sehingga menyebabkan beliau tidak sedarkan diri sebelum kereta terbabas dan merempuh pusat berkenaan.
01:23Terima kasih kerana menonton!
Comments