Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Thailand sekali lagi digemparkan dengan insiden tembakan di sekolah apabila seorang pelajar berusia 14 tahun dipercayai membunuh sekurang-kurangnya lima individu sebelum menamatkan riwayatnya sendiri. Tragedi di pinggir Bangkok itu turut mengorbankan datuk dan nenek suspek, sekali gus menggemparkan negara berkenaan.
Transcript
00:00Pelajar yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan di sebuah sekolah di wilayah Nuntaburi pada Jumaat dipercayai telah membunuh datuk dan
00:09neneknya di rumah mereka sebelum serangan itu.
00:12Timbalan Ketua Polis Negara Thailand, Merangkap Jurucakap Polis Diraja Thailand, Lieutenant General Thayrong Piyopan berkata,
00:19siasatan awal mendepati suspek melepaskan 26 das tembakan sebelum tiba di sekolah perkenaan.
00:27Katanya, penyiasat kemudian menggeledah rumah suspek di daerah Bang Buatong dan menemukan mayat datuk serta nenek suspek di dalam kediaman
00:35itu.
00:36Menurutnya, siasatan awal polis menemukan sepucuk pistol 9mm dan 34 butir peluru tambahan di luar magazin.
00:43Thayrong berkata, kedua-dua mangsa maut akibat tembakan di kepala dan penyiasat percaya suspek mungkin membunuh mereka sebelum pergi ke
00:52sekolah walaupun urutan kejadian dan masa sebenar masih dalam siasatan.
00:56Katanya, penyiasat juga sedang berusaha mengenalpasti motif kejadian dan membina semula kronologi satu daripada insiden tembakan di sekolah yang paling
01:05banyak meragut nyawa di Thailand sejak kebelakangan ini.
01:09Suspek yang dikenalpasti sebagai pelajar sekolah Depsirin Naftaburi melepaskan tembakan di sekolah itu pada sekitar pukul 10 pagi mengorbankan enam
01:20individu, tiga guru dan tiga pelajar serta mencederakan lima belas yang lain.
01:25Polis mengasahkan suspek turut ditemukan maut di sekolah berkenaan.
Comments

Recommended