Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diminta menyediakan laporan lengkap berhubung cadangan penjualan sebuah hotel milik agensi itu yang didakwa pada nilai jauh lebih rendah berbanding harga pembelian asal.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda
00:06mengemukakan laporan menyeluruh berhubung cadangan penjualan sebuah hotel milik agensi itu
00:11yang disifatkan tidak munasabah dari segi nilai.
00:14Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan menjual hotel berkenaan pada harga 100 juta pound britain
00:21tidak boleh diterima kerana aset itu sebelum ini dibeli pada harga 160 juta pound britain
00:27sekaligus akan menyebabkan kerugian besar kepada Felda.
00:34Katanya laporan lengkap itu penting bagi membolehkan kerajaan menilai keseluruhan proses sebelum sebarang keputusan dibuat.
01:01Berapa dia? Anggap dapat? 100 juta.
01:04Dia beli dulu, dia tengok aku beli dulu. Masa pengurusan dulu, 160 juta.
01:09Dia kata-kata, ini aku apa-apa ini?
01:12Orang Felda, pendapat-pendapat besar.
01:35Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Semarak Kenegaraan bersama Angkatan Tentera Malaysia
01:42di kamp terendak Melaka pada Jumaat.
01:45Tambahnya, setiap keputusan membabitkan aset milik Felda perlu mengambil kira kepentingan peneroka.
01:51Memandangkan, masih ramai yang bergantung kepada bantuan kerajaan bagi menikmati kemudahan dan pembangunan yang lebih baik.
01:58Mata Luka
01:59Mata Luka
Comments

Recommended