00:00Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN pada Jumaat menyerbu tiga premis dikaitkan dengan bekas kepimpinan tertinggi Lembaga Tabung Haji TH, susulan
00:10pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI berhubung institusi itu.
00:16Sumber yang rapat dengan kerajaan memaklumkan kepada Esrawani, serebuan itu membabitkan sebuah premis dikaitkan dengan bekas pengurusi TH di Jalan
00:25Kampung Atap, Kuala Lumpur.
00:27Dua lagi premis yang diserbu dikaitkan dengan bekas pengarah urusan TH di Sri Hartamas serta bekas pengurus besar TH di
00:36Putra Heights, Subang Jaya.
00:38Menurut sumber sama, tindakan siasatan itu diambil terhadap beberapa individu yang dikenalpasti menerusi laporan RCI TH, termasuk bekas pengurusi, bekas
00:48pengarah urusan serta beberapa anggota pengurusan kanan yang pernah berkhidmat dalam institusi berkenaan.
00:54Sumber itu memaklumkan perkembangan lanjut berhubung siasatan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
01:01LHDN dalam kenyataan pada Jumaat sahkan siasatan terhadap individu yang dikenalpasti berdasarkan laporan RCI TH telah dimulakan.
01:10Ia berdasarkan analisis risiko percukaian yang mengesan ketidaksepadanan antara pemilikan aset dengan jumlah pendapatan dilaporkan individu terbabit.
01:21LHDN turut memaklumkan serbuan dijalankan ke beberapa premis.
01:26Bagi mendapatkan maklumat dan sebarang tindakan lanjut, akan diputuskan hasil bukti diperoleh.
Comments