00:00Bulgaria menjadi negara terbaharu di Eropah yang dilanda kebakaran hutan, susulan gelombang haba yang kini bergerak ke bahagian timur benua
00:09itu.
00:10Cuaca panas melampau dan angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas di beberapa kawasan.
00:18Kebakaran besar itu memaksa lebuh raya utama Trakya ditutup di kedua-dua arah pada Khamis lepas angin membawa api merentasi
00:26laluan berkenaan kira-kira 70km di Tenggara Ibu Negara Sofia.
00:32Rakaman yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan Bulgaria menunjukkan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan hutan di wilayah berkenaan ketika anggota bomba dan
00:42pasukan penyelamat berusaha mengawal kebakaran.
00:45Pada Jumaat, suhu purata di Bulgaria direkodkan mencecah 27 darjah Celsius iaitu 4.7 darjah lebih tinggi daripada purata biasa.
00:56Eropah yang merupakan benua paling pantas mengalami pemanasan global terus berdepan gelombang haba melampau pada musim panas tahun ini dengan
01:06beberapa negara bergelut menangani kebakaran hutan berskala besar.
01:15Terima kasih.
01:15Terima kasih.
Comments