00:00Bertemu kembali, Menteri Besar Kedah Dato' Sri Muhammad Sanusi Matnor menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang
00:08terhadap mana-mana pihak yang cuba memanipulasi ucapannya di seremban baru-baru ini.
00:13Sanusi mendakwa potongan video ucapannya mengenai fakta sejarah tanah dan kaum telah disunting secara berniat jahat bagi mewujudkan persepsi negatif
00:22demi kepentingan politik.
00:25Tindakan itu menyusul selepas beberapa pemimpin DAP dan pihak tertentu tampil membuat laporan polis susulan tularnya satu klip video ucapan
00:34beliau dalam ceramah umum Perdana Perikatan Nasional di Dunserting, Negeri Sembilan, Khamis lalu.
00:40Dalam potongan video terbabit, Sanusi mengeluarkan kenyataan menyentuh kedudukan tanah Melayu berbanding negara asal susu galur pelbagai kaum lain yang
00:49kemudiannya didakwa segah pihak sebagai retorik perkauman.
00:51Tampil mempertahankan diri, Sanusi menegaskan apa yang disampaikan hanyalah konteks fakta sejarah yang boleh disemak melalui sumber akademik, bukannya rekaan
01:00untuk menimbulkan ketegangan kaum.
01:02Beliau turut membidas tindakan individu tidak dikenali yang menyunting sekerat daripada ucapan penuhnya semata-mata untuk meraih publicity murahan serta
01:11menyuntik naratif palsu.
01:12Sehubungan itu, Sanusi meminta masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan klip video yang disunting dan melujuk kepada rekaman penuh ceramah tersebut
01:21bagi menilai konteks sebenar kenyataannya.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments