Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Polis menahan tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Ampang Jaya, Selangor kerana disyaki terbabit dalam kejadian membelasah rakan sekolah mereka yang didakwa mengganggu teman wanita salah seorang suspek, Jumaat lalu.
Transcript
00:00Lagi kes buli melibatkan pelajar sekolah. Terbaru, polis menahan tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Ampang Jaya, Selangor kerana disyaki
00:08terbabit dalam kejadian membelasah rakan sekolah mereka yang didakwa mengganggu teman wanita salah seorang suspek Jumat lalu.
00:15Video berdurasi 3 minit 28 saat yang dipercayai dirakam salah seorang pelajar lain tular di media sosial sejak pagi Sabtu.
00:22Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisional Khairul Anwar Khalid berkata berdasarkan siasatan kejadian itu berlaku pada jam 12.31
00:31tengah hari Jumat.
00:32Ketika mangsa berada di sebuah sekolah di Ampang, salah seorang suspek membawanya ke Pangsapuri Seri Nilam Ampang, Bandar Baru Ampang
00:40sebelum dibelasah tiga pelajar.
00:42Mangsa dipercayai dipukul dan ditampar selain ditendang berkali-kali menyebabkan mangsa terjatuh.
00:48Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dawaan mangsa mengganggu teman wanita salah seorang suspek.
00:56Kes disiasat mengikut Seksyen 147-kan kesesaan kerana merusuh dan Seksyen 507-B kanun kesesaan kerana membuli.
01:05Dalam rekaman video itu, suspek dilihat mempersoalkan tindakan mangsa yang didakwa melihat teman wanitanya.
01:10Namun mangsa menafikan dawaan dengan menjelaskan perbuatan itu tidak disengajakan.
01:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended