00:00Dato' Sri Najib Tun Razak tidak perlu menjalani prosedur angioplasty belon atau pemasangan stand selepas keputusan angiogram koronari yang dijalaninya
00:09pada Sabtu mendapati salur darah koronari yang tersumbat masih boleh dikawal dengan rawatan ubat-ubatan.
00:16Perkara itu dimaklumkan Peguam Bela dan Peguam Cara Bekas Perdana Menteri itu, Dato' Syafiq Enko, menerusi kenyataan pada Sabtu.
00:24Kata kenyataan itu, hasil penilaian menyeluruh pasukan pakar mendapati keadaan Najib baik dan salur yang tersumbat boleh dikawal melalui ubat
00:33-ubatan, pemantauan berterusan dan rawatan susulan.
00:37Sebelum prosedur dijalankan, beberapa siri penilaian perubatan sejak beberapa minggu lalu mengesan salur darah koronari tersumbat yang memerlukan pemeriksaan lanjut
00:47menerusi angiogram koronari.
00:49Bahkan pasukan perubatan sebelum ini menganggarkan terdapat kebarangkalian sebanyak 95% Najib memerlukan intervensi lanjut sama ada melalui angioplasti belun
01:01atau pemasangan stand.
01:03Bagaimanapun, keputusan angiogram koronari yang dijalankan pada Sabtu mendapati kedua-dua prosedur itu tidak diperlukan.
01:10Kenyataan itu memaklumkan keputusan menjalankan angiogram dibuat sepenuhnya berdasarkan keperluan perubatan dan penemuan klinikal pada ketika itu.
01:19Menurut kenyataan berkenaan, Najib akan meneruskan proses pemulihan di bawah pemantauan rapi Pasukan Doktor Pusat Kardiotorasik dan Kardiologi Hospital Sultan
01:29Idrisha Seridang.
Comments