00:00Kawasan Baram bakal menjadi lubuk ekonomi baru Sarawak dengan fokus utamanya adalah kepada sektor pelancongan, perkhidmatan dan pertanian modern.
00:09Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Ton Openg berkata, untuk tujuan tersebut, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah RM3.2 bilion
00:17untuk membangunkan akses jalannya yang bukan sekadar meningkatkan kesaling hubungan, malah menjadi pemangkin kepada pembukaan ekonomi tersebut.
00:27Pembangunan infrastruktur itu dirancang berdasarkan potensi pulangan ekonomi jangka panjang sekaligus mengubah baram daripada kawasan pedalaman kepada hak pertumbuhan baharu.
00:37Antara akses jalan tersebut termasuklah dari Miri ke Marudi, Long Terawan, Long Panai dan Long Lama yang sekaligus memperkukuh jaringan
00:46darat dan mempercepat transformasi pembangunan kawasan berkenaan.
00:49Satunya daripada perkhidmatan iaitu budaya kita, tarikan kita yang unik di kawasan ini,
01:01Nama duanya pertanian modern, pertanian yang boleh melahirkan komoditi ekspor, kerana di kawasan baram tanahnya adalah tanah bukit.
01:18Dan sudah tentu pakar-pakar sain boleh menganalisa tanah yang ada di sini dan sama-sama membantu petani kita, masyarakat
01:33kita di sini untuk sama-sama mengeluarkan komoditi pertanian yang boleh kita ekspor.
01:48Beliau berkata demikian ketika merasmikan regata baram di tebingan Sungai Marudi pada Sabtu.
01:54Pembangunan itu dijangka mengubah langskap baram yang selama ini menyaksikan sebahagian kawasan pedalamannya bergantung kepada jalan balak sebagai laluan utama.
02:03Perjalanan ke penempatan di pedalaman baram bukan sahaja memakan masa berjam-jam, malah sering dipengaruhi keadaan cuaca dan permukaan jalan
02:11yang mencabar.
02:12Ini sekaligus menjejaskan pergerakan penduduk serta aktiviti ekonomi.
Comments