00:00Tindakan Malaysia mengusir warga Israel adalah seiring dengan dasar negara ini yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sejak dahulu.
00:09Menteri Pertahanan Dato' Sri Muhammad Khalid Nordin berkata, Malaysia kekal dengan pendirian itu dan sebarang tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah
00:17selaras dengan pelaksanaan dasar berkenaan.
00:22Sikap kita terhadap Israel dah diamalkan daripada dulu. Apa yang berlaku untuk pastikan tak ada orang Israel ini terlibat dalam
00:36sekolah network school itu hanyalah pelaksanaan dasar kita.
00:42Dasar kita dah lama. So, pelaksanaan untuk mengusir mereka kalau ada orang Israel itu adalah pelaksanaan kepada satu dasar yang
00:52memang semua tahu dasar kita tak itiraf negara Israel.
00:57Jadi, itu saja. So, kalau ahli kongres dia nak buat itu, itu antara dia dengan kerajaan dia.
01:02Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pengusiran warga Israel dan isu ahli kongres AS yang mendesak pembiayaan program pendidikan
01:12dan latihan ketenteraan antarabangsa IMED kepada Malaysia dihentikan.
01:17Mengulas lanjut, Muhammad Khalid berkata, pendirian Malaysia yang tegas dalam melaksanakan dasar berkenaan setakat ini tidak menjejaskan pembiayaan melibatkan IMED.
01:27Terima kasih telah menonton!
Comments