00:00Minggu Latihan Kebangsaan atau National Training Week NTW 2026 menjadi platform penting dalam membuka peluang kepada rakyat Malaysia daripada pelbagai
00:10lapisan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran, membina daya saing dan memperkukuh masa depan kerjaya mereka.
00:18Menteri Sumber Manusia Datuk Sri R. Ramanan berkata, inisiatif itu memberi manfaat kepada semua golongan termasuk anak muda, pekerja, suri
00:29rumah dan pesara yang ingin menambah baik kemahiran serta merebut peluang ekonomi yang lebih baik.
00:38Menurut beliau, usaha pembangunan modal insan perlu diperkasa seiring dengan pencapaian ekonomi negara bagi memastikan manfaat pertumbuhan dapat dinikmati secara
00:48menyeluruh oleh rakyat.
00:50Oleh itu, NTW sangat dekat dengan hati saya. NTW adalah hakikatnya peluang. Peluang kepada anak muda, peluang kepada pekerja, peluang
01:05kepada suri rumah, peluang kepada pesara dan peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu membina masa depan yang lebih baik.
01:15Bagi memastikan usaha seperti ini, dapat dikendalikan dengan baik, kita memerlukan institusi yang kukuh, dipercayai dan mempunyai kepakaran dalam pembangunan
01:28bakat negara, serta menguruskan amanah yang diberikan dengan penuh integriti dan tanggungjawab.
01:36Di sinilah peranan HRD Corp menjadi amat penting.
01:40Turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian NTW 2026 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
01:48Dalam balik itu, Ramadan berkata Malaysia kini semakin hampir mencapai status negara berpendapatan tinggi berdasarkan data Bank Dunia bagi tahun
01:562025
01:56yang menunjukkan pendapatan kasar negara GNI mengikut kaedah Atlas telah mencecah $12,380 Amerika tertinggi sejak merdeka.
02:07Katanya Malaysia hanya memerlukan GNI per kapita sebanyak $14,000 Amerika untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi bagi tahun kewangan
02:162027.
02:17Beliau turut memaklumkan ekonomi negara terus menunjukkan prestasi memperangsangkan dengan pertumbuhan 5.8% pada suku kedua tahun ini,
02:27selain berjaya menarik pelaburan asing kedua tertinggi dalam sejarah negara pada 2025.
02:33Sementara itu, beliau berkata HRD Corp terus memperkukuh takbir urus pengurusan levi latihan bagi memastikan dana yang diamanahkan dimanfaatkan sepenuhnya
02:43untuk pembangunan bakat dan kemahiran tenaga kerja negara.
02:46Untuk separuh pertama sahaja, 2026, kutipan levi latihan di negeri ini berjumlah RM129.72 juta.
02:59Daripada jumlah itu, RM113 juta telah disalurkan balik semula untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja di negeri ini.
03:10Saya sentiasa menegaskan bahawa setiap sen levi yang diamanahkan oleh majikan mesti diuruskan dengan penuh integriti.
03:21Dalam tempoh enam bulan sahaja, kita telah memukulkan takbir urus, kita telah mengemukakan sistem-sistem yang baru untuk memastikan setiap
03:32sen levi ini digunakan untuk latihan yang memanfaatkan pekerja.
03:37Beliau berkata demikian ketika berucap pada Madalis Kemuncak NTW 2026 yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pulau
03:45Pinang pada Sabtu.
03:47Hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Konyo, pengurusi Lembaga Pengarah Human Resource Development Corporation HRD Corp, Datuk Rusli Jaafar
03:55dan Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Syamir Aziz.
03:59Program yang berlangsung bermula Sabtu hingga Ahad di UITM Cawangan Permatan Pauh yang bertemakan Pelajari, Alami, Kuasai, Learn, Grow, Elevate.
04:10Menyediakan akses percuma kepada ribuan peluang latihan dan pembangunan kemahiran untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, latar belakang, mahupun
04:21lokasi.
04:22Menyediakan akses percuma kepada ribuan peluang latihan dan pembangunan kemahiran.
Comments