Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
PKPS mengesahkan Pasar Borong Selangor kembali beroperasi seperti biasa selepas kebakaran, selain mengaktifkan Pusat Pengurusan Krisis bagi memantau situasi.
Transcript
00:00Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan kembali beroperasi seperti biasa selepas kebakaran yang berlaku di kawasan berkenaan.
00:08Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor PKPS memaklumkan insiden itu tidak menjejaskan bangunan utama maupun aktiviti perniagaan di pasar berkenaan.
00:17Menerusi kenyataan yang disiarkan di Facebook pada Sabtu, PKPS berkata kebakaran yang berlaku di bahagian hujung kawasan pasar Borong Selangor
00:26itu
00:26tidak melibatkan bangunan utama yang menempatkan operasi harian serta aktiviti perniagaan.
00:32Menurutnya kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 6 pagi manakala operasi pemadaman di lokasi kejadian ditamatkan pada jam 6
00:41petang hari yang sama.
00:43PKPS berkata kawasan pasar Borong Selangor kini disahkan selamat dan semua urusan perniagaan diteruskan seperti biasa.
00:50Sehubungan itu, PKPS mengaktifkan pusat pengurusan krisis yang beroperasi 24 jam bagi memantau perkembangan semasa serta menyelaras tindakan susulan.
00:59Pada masa sama, PKPS turut menjalankan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended