Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Program yang menghimpunkan 32 usahawan dari seluruh sarawak itu bukan sahaja menjadi platform memasarkan produk, malah memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi pemasaran digital.
Transcript
00:00Program Biz Network Sarawak 2026 menyaksikan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM1 juta sepanjang penganjurannya selama 3 hari,
00:09sekaligus memperkukuh usaha memperkasa usahawan tempatan menerusi peluasan pasaran dan pendigitalan perniagaan.
00:16Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW, Datuk Rubiah Wang berkata,
00:21program yang menghimpunkan 32 usahawan dari seluruh Sarawak itu bukan sahaja menjadi platform memasakkan produk,
00:26malah memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi pemasaran digital.
00:34Menurutnya peserta terut dibimbing untuk memanfaatkan sesi jualan secara langsung sebagai medium baru bagi memperluaskan capaian pelanggan.
00:43Dan Alhamdulillah saya mendapat respon yang begitu amat bagus sekali daripada peserta-peserta yang menunjukkan program macam ini amat memberi
00:54keuntungan kepada mereka.
00:55Ada yang baru first time live dalam TikTok dan telah mendapat komen dan juga orang kata matching,
01:03maksudnya reply dan feedback pada masyarakat tentang produk masing-masing.
01:10Ada yang baru tahu, ada yang orang kata ingin nak menikmati, merasai produk-produk ini.
01:16Tambahnya sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila jualan pada hari pertama program mencecah lebih RM200,000,
01:24manakala beberapa produk berjaya dijual sepenuhnya.
01:27Selain itu, enam produk baru turut dilancarkan sepanjang program berkenaan,
01:32melibatkan pembaharuan dari segi pembungkusan, rasa dan inovasi produk bagi meningkatkan daya saing usahawan di pasaran.
01:40terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended