00:00Baik, sekian lama hidup dengan bekalan air bersih yang sering terputus.
00:05Penduduk kampung orang asli Sungai Raya di Jempol, Negeri Sembilan, akhirnya lega apabila sistem bekalan air bawah tanah mula beroperasi
00:12sekitar 4 tahun lalu.
00:14Bagi mereka, ia bukan sekadar kemudahan asas, tetapi permulaan kepada kehidupan yang lebih bermaruah.
00:20Anak-anak tidak lagi perlu mandi di sungai sebelum ke sekolah.
00:23Pakaian dapat dibasuh setiap hari dan urusan harian menjadi lebih teratur.
00:28Namun nimat itu tidak lama bertahan.
00:33Hampir dua bulan lalu, penduduk mendakwa bekalan air kembali terganggu susulan pertukaran kontraktor.
00:39Sekaligus, memaksa mereka mengulangi rutin lama yang menyukarkan.
00:44Setiap pagi, mereka kembali berjalan hampir 300 meter ke anak sungai untuk mandi, membasu pakaian dan mendapatkan bekalan air.
00:53Lebih menyedihkan apabila hujan.
00:56Ada anak yang terpaksa ponteng sekolah kerana tidak mampu membersihkan diri sebelum ke kelas.
01:03Penduduk berkata sebelum sistem bekalan air bawah tanah diwujudkan, mereka telah lali dengan gangguan tersebut.
01:10Wakil penduduk, Rumi Mahathir menifatkan tempoh 4 tahun lalu sebagai satu-satunya waktu mereka dapat menikmati bekalan air bersih yang
01:17benar-benar stabil.
01:18Sama seperti rakyat Malaysia yang lain.
01:22Memang pagi-pagi pukul 6, van ada sampai kat depan.
01:27Kita orang kalau nak hantar budak mandi, kena ke sungai lah.
01:31Ke sungai pun lebih kurang dalam 2 kilometer rasanya pergi sungai.
01:36Tapi dengan keadaan gelap, susah, bahaya untuk anak-anak.
01:40Lepas tu baju sekolah nak cuci, susah.
01:42Kena pergi dobi lah.
01:45Dia budak-budak pun macam banyaklah ponteng.
01:49Kalau takkan kita nak hantar budak tu, baju dia kotor. Nanti cikgu marah.
01:54Lepas tu budak tak mandi pun cikgu marah.
01:56Nanti kot berjangkit ada penyakit ke apa ke.
01:59Dia perlu kebersihan lah.
02:02Keluhan sama turut disuarakan Maya Mahathir yang berkongsi rasa.
02:07Akibat kembali bergantung kepada lori tangki yang dihantar sekali seminggu.
02:11Bekalan itu pula perlu dikongsi kepada kira-kira 150 penduduk daripada 30 keluarga.
02:18Menyebabkan air terpaksa dicatuh untuk minuman dan memasak.
02:23Memang tak mandi lah.
02:25Adalah ada basa muka, rosak gigi, cuci muka tu kan.
02:29Tu je lah.
02:30Pergi sekolah.
02:31Kalau nak mandi tu, kaya tu.
02:34Kena angkut air lah kadang tu ke sungai.
02:37Angkut satu beledi.
02:38Itulah buat basa muka nak mandi dia kan tak cukup satu beledi tu.
02:43Itu je lah.
02:44Tapi cikgu marah tu semua sebab mandi.
02:46Ya.
02:47Dia cakap anak kurang disiplin lah dia punya apa.
02:51Dia kan masuk kelas PPKI.
02:54Dia kena semua perfect lah budak-budak.
02:56Talib Muhammad pula berkata.
02:58Bagi mandi dan membasu pakaian, sungai kembali menjadi pilihan terakhir.
03:03Namun, air sungai yang keruh seringkali menjadi dilema dalam kalangan penduduk.
03:09Nak mandi lah susah.
03:10Mandi, minum, nak basu baju ke apa.
03:15Itulah susah.
03:15Nak pergi jauh pun kadang-kadang hari tak elok.
03:20Sebab bawa budak-budak.
03:24Kalau
03:28Sebab
03:29dekat sungai, air tak bersih.
03:32Kadang-kadang tak tentu.
03:33Kadang-kadang keruh.
03:35Kadang-kadang kilang tu ada buang air hitam.
03:38Bagi penduduk, apa yang lebih memimbangkan bukan sekadar kesukaran menjalani kehidupan seharian.
03:45Tetapi, kesannya terhadap masa depan anak-anak.
03:48Mereka turut meluahkan kekecewaan apabila kampung mereka masih berdepan pelbagai kekurangan infrastruktur asas berbanding penempatan orang asli lain.
03:58Menjelang hari mengundi pada pilihan raya negeri 1 Ogos ini, mereka mahu siapa sahaja yang diberi mandat selesaikan semua masalah
04:06asas di kampung berkenaan, terutamanya bekalan air bersih.
Comments