Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
JPBD Tawau mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana banjir susulan hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang. Setakat ini, keadaan masih terkawal tanpa pemindahan penduduk atau jalan terputus.
Transcript
00:00Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah JPBD Tawau mengisytiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana banjir sesulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi
00:09Sabtu.
00:09Pengurusi JPBD Tawau, Mohd Sofian Mohd Said berkata, perisytiharan itu berkurat-kurat pada jam 8.30 pagi bagi membolehkan semua
00:18agensi berkaitan menyelaras tindakan menghadapi kemungkinan banjir menjadi lebih buruk.
00:24Beliau berkata langkah itu diambil selepas keadaan cuaca tidak menentu selain faktor air pasang yang direkodkan mencecah 2.4 meter
00:32pada awal pagi.
00:33Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM Daerah Tawau memalumkan pemantauan di kawasan berisiko banjir bermula seawal jam 3.55
00:41pagi dengan pasukan digerakkan ke beberapa lokasi titik panas.
00:45Antara kawasan dipantau ialah Mid Valley, Taman Rainbow, Tanjung Batu Keramat dan Jalan Bunga Raya.
00:50Hasil pemantauan mendapati bacaan air di Mid Valley dan Taman Rainbow masing-masing sekitar 0.5 meter, manakala Jalan Bunga
00:58Raya merekodkan paras air 0.4 meter, namun keadaan adalah terkawal.
01:03Menurut APM, bacaan paras air sungai pada jam 8 pagi ialah 1.6 meter dengan tren menunjukkan penurunan, walaupun keadaan
01:11cuaca ketika pemantauan masih grimis.
01:13Setakat ini, tiada jalan terputus, tiada kampung terputus hubungan dan tiada pusat pembinaan sementara PPS dibuka.
01:20APM turut menempatkan seorang pegawai dan 9 anggota bersama aset sebuah medium rescue vehicle MRV dan sebuah light rescue vehicle
01:29LRV
01:30bagi menjalankan rondaan serta bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
01:35Orang ramai khususnya penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada
01:40serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.
01:46Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencari Daerah Tawang memaklumkan perkembangan semasa akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Comments

Recommended