00:00Lebih 110,000 penduduk dan pelancong dipindahkan selepas kebakaran hutan besar di barat dair Perancis berubah arah dan menghampiri kawasan
00:08metropolitan Bordeaux.
00:10Setakat ini kebakaran telah memusnahkan lebih 14,000 hektare kawasan hutan, memusnahkan 53 buah rumah dan sebuah tapak perkemahan.
00:19Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez berkata, kebakaran yang bermula pada 22 Julai berhampiran komuniti Saumos di wilayah Gironde itu
00:27kini menjadi antara kebakaran paling serius yang pernah melanda negara berkenaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
00:33Penduduk dan pelancong di beberapa kawasan termasuk semenanjung Cap Farad turut diarahkan berpindah sebagai langkah keselamatan.
00:40Menurut Nunez, perubahan arah angin menyebabkan kebakaran yang pada mulanya bergerak ke kawasan lain, mula menuju ke arah timur dan
00:47menghampiri kawasan Bordeaux.
00:49Bagaimanapun, bila menjelaskan bandar Bordeaux tidak berada dalam ancaman langsung buat masa ini.
00:55Pihak berkuasa tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperkukuh kawalan keselamatan dan menyediakan pelan perlindungan tambahan di sekitar bandar berkenaan.
01:03Dalam perkembangan sama, lapangan terbang Bordeaux Merignyak terpaksa ditutup susulan asap tebal yang bergerak ke arah kawasan operasi penerbangan.
01:13Nunez menyifatkan kebakaran itu sebagai fenomena kebakaran yang menghasilkan sistem cuaca tersendiri akibat haba melampau.
01:20Fenomena itu menyebabkan nyalaan api menjadi lebih sukar dikawal kerana menghasilkan arus udara panas yang kuat dan mampu mengubah tingkah
01:27laku kebakaran secara tidak menentu.
01:29Pihak bomba dan pasukan kecemasan kini meneruskan usaha membendung kebakaran sambil memantau perubahan cuaca yang boleh mempengaruhi pergerakan api.
Comments