00:00Kerajaan Negeri Johor menegaskan pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan MMK Negeri bukan beritujuan untuk menambah jawatan politik atau
00:08memperluaskan birokrasi kerajaan negeri.
00:10Menteri Besarnya Dato' On Hafiz Ghazi berkata, langkah itu sebaliknya diambil bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran supaya pelaksanaan dasar, pemantauan projek
00:19serta penyelesaian isu rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.
00:26Beliau berkata, pelantikan juga dibuat dalam ruang kuasa pentadbiran kerajaan negeri seperti yang dinasihatkan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
00:33Jelasnya, menerusi kenyataan dalam Facebook adalah penting supaya difahami bahawa Timbalan Exko bukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di mana
00:39mereka tidak mempunyai kuasa membuat keputusan bagi pihak Exko.
00:43Ujannya, mereka tidak berhadiri mesyuarat majlis kerajaan negeri dan tidak mempunyai kuasa meluluskan dasar, kewangan atau apa-apa keputusan eksekutif.
00:51Beliau berkata, kuasa membuat keputusan kekal berada sepenuhnya di bawah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagai mana yang diperuntukkan oleh
00:58Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
01:01Justeru, pelantikan ini tidak mewujudkan sebarang kuasa eksekutif baru, tidak memindahkan kuasa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan tidak mengubah
01:08struktur pentadbiran.
01:09On Hafiz berkata, pengukuhan kapasiti pentadbiran itu juga seiring dengan perkembangan pesat Johor yang sedang memacu pelbagai agenda strategik menjelang
01:18tahun 2030 termasuk Johor Economic Transformation Plan, Zon Ekonomi Khas Johor Singapura dan projek RTS Link.
01:25Mengenai aspek kewangan, On Hafiz berkata, pelantikan dibuat mengikut kemampuan kewangan negeri dan hanya melibatkan implikasi kewangan yang minimum menerusi
01:33penggunaan aset serta kemudahan sedia ada kerajaan negeri.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments