00:00Sebuah kapal dagang yang membawa 30 anak kapal mengeluarkan panggilan kecemasan selepas mendakwa diserang berhampiran selat hormus.
00:07Menurut rakaman audio daripada saluran radio maritim VHF yang dipantau pelayar, sebuah kapal dagang menerima amaran berulang-ulang kali daripada
00:15individu yang dikenalpasti sebagai pengendali tentera Amerika Syarikat.
00:22Dalam rakaman tersebut, kapal berkenaan diberitahu bahawa ia dianggap tidak mematuhi arahan kerana terus bergerak menuju ke perairan Iran.
00:30Suara dalam rakaman itu turut memberi tempoh 15 minit kepada kru untuk mengosongkan kawasan bilik enjin.
00:37Dalam satu lagi rakaman yang disiarkan kemudian, sebuah kapal yang mengenalkan dirinya sebagai Disha melaporkan bahawa ia telah diserang.
00:48Masuk Timur Selat Hormuz. Setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai pihak yang bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut.
00:55Laporan turut menyebut bahawa tentera Amerika Syarikat baru-baru ini menyambung semula sekatan laut terhadap kapal yang bergerak ke dan
01:01dari pelabuhan serta kawasan pesisi Iran.
01:05Insiden berlaku ketika keselamatan maritim di rantau teluk terus menjadi perhatian. Susulan ketegangan melibatkan Amerika Syarikat dan juga Iran.
Comments