Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku, serangan seksual dan buli di tempat kerja membabitkan seorang pengarah hospital di Sabah yang tular di media sosial sejak Rabu telah selesai, dengan tindakan susulan sedang dilaksanakan mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang.
Transcript
00:00Siasatan dalaman berhubung dewaan salah laku, serangan seksual dan buli di tempat kerja membabitkan seorang pengarah hospital di Sabah yang
00:07itulah di media sosial sejak Rabu telah selesai dengan tindakan susulan sedang dilaksanakan mengikut prosedur serta peruntukan undang-undang.
00:15Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa hasil siasatan oleh jawatan kuasa khas yang dilantik Kementerian Kesihatan
00:22bagi menyiasat dewaan itu telah diperoleh manakala syur tindakan kini sedang dilaksanakan.
00:30JKNS menegaskan pihaknya tidak berkompromi terhadap sebarang perlakuan sedemikian kerana ia bertentangan dengan nilai integriti dan etika perkhidmatan awam.
00:39Ia juga memberi kesan terhadap kesejahteraan fizikal serta mental warga kerja kesihatan.
00:45JKNS kekal komited untuk memastikan setiap warga kerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang selamat, saling menghormati dan kondusif demi
00:54memelihara integriti organisasi serta kebajikan warga kerjanya.
00:58Sebelum itu, media melaporkan pesuruh jaya polis Sabah Datuk Jautih Dikun berkata, dawaan gangguan seksual yang tular di media sosial
01:07sejak rabu itu sebenarnya membabitkan kejadian yang didakwa berlaku pada Oktober tahun lalu.
01:13Beliau berkata polis membuka kereta siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Kesiksaan sebaik sahaja menerima laporan berhubung dawaan itu pada Januari
01:21lalu dan siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kes berkenaan.
Comments

Recommended