Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, peningkatan kos serta persaingan pasaran bagi memastikan perniagaan terus mampan dan menguntungkan.
Transcript
00:00Perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS perlu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, peningkatan kos serta persaingan pasaran bagi memastikan perniagaan
00:10terus mampan dan menguntungkan.
00:12Pengasas Richworks Consulting Group RCG dan mentor usahawan Datuk Azizan Osman berkata, cabaran terbesar yang dihadapi usahawan ketika ini ialah
00:21mengurus perubahan kos, platform perniagaan dan perkembangan teknologi yang berlaku dengan pantas.
00:32Menurut Azizan, usahawan perlu lebih bersedia menghadapi persaingan yang sengit dengan mencari kelainan dalam pasaran supaya mampu mengekalkan kelangsungan perniagaan.
00:45Tunggak utama inilah yang kita perlu perkukukan, sokong dan bantu dia untuk transform. Dan sebagai seorang driver, dia umpama seorang
00:53yang boleh memandu kereta, kalau dia boleh memandu dengan baik kenderaan itu, dia boleh sampai lah, dia senasi dengan baik.
00:57Jadi kami sangat mengutamakan tentang transformation driver ataupun membantu pemimpin-pemimpin usahawan ini atau PMKS ini mampu untuk drive the
01:08organisasi ataupun meneraju perniagaan mereka ini supaya boleh manage perubahan-perubahan yang ada dan cabaran-cabaran yang ada.
01:14Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Inner Circle Meeting ICM di Sheraton Hotel, Johor Bahru.
01:22Mengeras persepsi yang mengaitkan kejatuhan beberapa syarikat dengan penglibatan dalam program bimbingan Richworks, Azizan menjelaskan,
01:30banyak organisasi dan syarikat gagal bertahan kerana tidak mengemaskini ilmu serta strategi mengikut keadaan semasa.
01:39Katanya, landscape perniagaan kini jauh berbeza berbanding sebelum ini dengan perubahan ekonomi, politik dan persaingan yang memerlukan usahawan sentiasa bersedia.
01:51Usahawan juga katanya perlu menerima hakikat bahawa turun naik dalam perniagaan adalah perkara biasa.
01:58Namun, kemampuan untuk bangkit semula bergantung kepada kesediaan mereka untuk memahami strategi dan situasi pasaran semasa.
02:08Jadi nasihat saya adalah, you kena upgrade diri you. You kena tahu apa yang sedang berlaku hari ini.
02:15You kena lebih memahami apa teknologi hari ini dan kesan dia kepada bisnes you. Kalau tak, you akan tertinggal.
02:21Program anjuran Richworks yang berlangsung selama tiga hari sehingga 22 Julai menghimpunkan lebih 200 usahawan PMKS dari seluruh negara
02:31bagi memperkukuh strategi perniagaan dan keupayaan menghadapi cabaran ekonomi semasa.
02:37terima kasih.
02:39Terima kasih.
Comments

Recommended