00:00Seterusnya, Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan projek pelan mitigasi banjir langkah segera dan sederhana melibatkan kawasan berisiko di bawah pentadbiran Majlis
00:10Bandaraya Petaling Jaya MBPJ dengan peruntukan RM40.5 juta bagi mengurangkan risiko banjir kilat.
00:18Exko Infrastruktur dan Pertanian Negeri Dato' Izham Hashim berkata, peruntukan itu merangkumi 39 skop kerja yang dibahagikan kepada langkah segera
00:29dan langkah sederhana bagi menengani isu banjir secara lebih tersusun.
00:35Katanya pelaksanaan projek itu dirangka susulan keceden banjir yang semakin kerap berlaku di kawasan bandar akibat pembangunan pesat, taburan hujan
00:43berintensiti tinggi serta cabaran perubahan iklim global.
00:46Langkah segera melibatkan projek yang boleh disiapkan dalam tempoh kurang 6 bulan, manakala langkah sederhana memakan masa sehingga setahun untuk
00:53penambahbaikan.
00:54Izham berkata daripada keseluruhan peruntukan, 26 projek dikategorikan di bawah langkah segera, membabitkan kos RM20.1 juta, manakala 13 lagi
01:03projek di bawah langkah sederhana melibatkan peruntukan RM20.4 juta.
01:08Katanya 12 kawasan dikenalpasti sebagai lokasi fokus dengan 3 kawasan diberi keutaman kritikal, iaitu Seksyen 51A di Jalan 223,
01:16Kampung Cempaka dan Kawasan Terawang Fas berhampiran Jalan PJU 1A.
01:21Menurut Izham, pelaksanaan projek itu merangkumi pembinaan dinding banjir, pemasangan pintu kawalan air, pembinaan kolam takungan serta penggunaan teknologi baharu
01:29seperti ekoblok dari Jerman.
01:32Tambahnya, setiap projek memerlukan kajian teknikal dan reka bentuk yang teliti sebelum kerja pembinaan dapat dimulakan bagi memastikan isu seperti
01:39laluan utiliti bawah tanah dan pemilikan tanah dapat diselesaikan terlebih dahulu.
01:46Terima kasih kerana menonton!
Comments