Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Khalid Samad berkata, sekiranya Jalaluddin hanya bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) biasa, adalah tidak wajar beliau mencabar Aminuddin yang juga Menteri Besar untuk berdebat.
Transcript
00:00Baik, seterusnya Pakatan Harapan tidak menolak kemungkinan mengadakan debat terbuka antara pengurusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dengan
00:10Datuk Seri Jalaluddin Alias.
00:12Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad berkata, Barisan Nasional perlu terlebih dahulu mengesahkan ahli Parlimen Jalibu itu sebagai
00:21calon Menteri Besar Negeri Sembilan.
00:24Ini kerana sekiranya Jalaluddin hanya bertanding sebagai calon Dewan Undangan Negeri biasa, adalah tidak wajar beliau mencabar Aminuddin yang juga
00:32Menteri Besar untuk berdebat.
00:34Adakah apabila Jalal mencabar Tok Min, ini mengesahkan bahawa Jalallah calon Menteri Besar, Pakatan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
00:47Kalau dia calon Menteri Besar, biarlah diumumkan dan diisytiharkan secara resmi.
00:54Kalau dia salah seorang calon adun yang biasa, maka saya rasa tak sesuai lah untuk dia nak cabar Tok Min
01:04berdebat.
01:04So biar dia istihar dulu, biar Tok Mat istihar dulu, biar Zahid istihar dulu, jalallah calon Menteri Besar untuk Negeri
01:13Sembilan daripada Aminuddin Barisan Nasional.
01:16Then maybe kita boleh consider.
Comments

Recommended