Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Bank Dunia memberi amaran pertumbuhan ekonomi global berisiko merosot kepada 1.3 peratus sekiranya konflik Amerika Syarikat dan Iran meningkat, berdasarkan senario risiko yang dibentangkan dalam unjuran terkininya.
Transcript
00:00Bank Dunia memberi amaran konflik yang berpanjangan antara Amerika Syarikat dan Iran
00:05boleh menyebabkan pertumbuhan ekonomi global menjunam kepada 1.3% tahun ini.
00:11Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia, Inder McGill berkata,
00:14unjuran ekonomi yang diterbitkan pada Jun lalu
00:17membentangkan tiga senario berdasarkan tahap ketidakpastian konflik di Asia Barat.
00:25Menurutnya, senario yang paling buruk ialah apabila perang berlanjutan selama enam bulan atau lebih
00:30yang kini hampir menjadi kenyataan.
00:33Dalam senario itu, kadar inflasi global dijangka meningkat kepada 4.5% pada tahun ini.
00:39Beliau berkata, konflik yang berpanjangan serta kerosakan infrastruktur minyak di Asia Barat
00:44boleh mengganggu bekalan baja, helium dan sulfur
00:47sekaligus menjejaskan pengeluaran dan memburukkan ketidakjaminan makanan.
00:52Gill turut memberi amaran bahawa peningkatan inflasi boleh menyebabkan
00:55negara yang menanggung hutang tinggi berdepan masalah membayar balik hutang dalam tempoh beberapa bulan.
01:01Dalam laporan Global Economic Prospect bagi Jun,
01:05Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi global merosot
01:08daripada 2.9% pada 2025 kepada 2.5% pada 2026.
01:15Namun, jika konflik Amerika Syarikat Iran terus memburuk,
01:19pertumbuhan itu boleh menjunam kepada 1.3%.
Comments

Recommended