Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio menegaskan sebarang kerjasama tenaga nuklear awam antara AS dan Arab Saudi pada masa depan perlu mempunyai perlindungan ketat bagi memastikan teknologi itu tidak disalahgunakan untuk membangunkan senjata nuklear.
Transcript
00:00Sebarang perjanjian kerjasama nuklear awam antara Washington dan Riyadh perlu disertakan langkah pelindungan ketat.
00:08Setiausaha negara-negara syarikat Marco Rubio menegaskan langkah itu bagi memastikan teknologi nuklear tidak digunakan untuk membangunkan program senjata nuklear.
00:41Bercakap kepada pemberita di luar mesyuarat ASEAN di Manila, Rubio berkata Arab Saudi merupakan rakan strategik penting kepada Amerika Syarikat.
00:49Sebelum ini Jabatan Tenaga Amerika mengumumkan Washington dan Riyadh mencapai perjanjian bersejarah berkaitan tenaga nuklear awam.
00:57Perjanjian itu membolehkan Arab Saudi membina reaktor nuklear menggunakan teknologi Amerika serta menjalankan aktiviti pengayaan uranium.
01:07Dokumen perjanjian tersebut kini akan dikemukakan kepada Kongres untuk penelitian.
01:12Sekiranya tiada bantahan dibuat dalam tempoh 90 hari persidangan, perjanjian itu akan berkuat kuasa.
01:19Bagaimanapun, sebarang usaha untuk membatalkan veto presiden memerlukan sokongan majoriti 2 per 3 ahli Kongres.
01:26Sampai jumpa di video selanjutnya.
01:28Terima kasih.
Comments

Recommended