Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Tegas Joniston, surat rasmi telah diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menegaskan pendirian Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah kekal sebagai agensi yang mengawal pintu-pintu masuk ke negeri itu.
Transcript
00:00Pelaksanaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan AKPS Malaysia 2024 Akta 860 di Sabah
00:09tidak boleh menghakis hak autonomi imigresen Sabah seperti yang dijamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
00:18Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkwai berkata,
00:22imigresen Sabah termaktub di bawah artikel 5 kurungan V MA63 merupakan kuasa yang tidak boleh dirunding.
00:32Tegas Joniston surat rasmi telah diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menegaskan
00:38pendirian Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah kekal sebagai agensi yang mengawal pintu-pintu masuk ke Sabah.
00:44Kerajaan Negeri Sabah ingin menegaskan bahawa kuasa imigresen kepada Sabah yang termaktub dalam artikel 5 kurungan V Perjanjian Malaysia 1963
00:59merupakan kuasa yang tidak boleh dirunding, non-negotiable.
01:06Kerana implementasi penubuhan Malaysia di bawah Malaysia Agreement, MA63 adalah tertakluk kepada penggubalan kuasa imigresen Sabah dan juga Sarawak.
01:21Tuan Speaker, oleh yang demikian, pendirian Kerajaan Negeri Sabah melalui surat rasmi kepada yang amat berhormat Perdana Menteri Malaysia adalah
01:34mengekalkan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah sebagai agensi yang mengawal pintu-pintu masuk di Sabah
01:45serta pengeluaran notis Not to Land NTL dikekalkan di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.
01:57Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan adun tanpa ruli, Datuk Seri Wifrad Madius Tangau berkenaan dengan sebab Kerajaan Sabah menangguhkan
02:06pelaksanaan AKPS 2024.
02:09Ujanya langkah itu penting bagi memastikan tiada sebarang pahakisan terhadap hak istimewa serta kuasa autonomi imigresen Sabah dan pihak berkuasa
02:18negeri.
02:19Terima kasih telah menonton!
02:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended