00:00Kerajaan Spanyol mengisytiharkan darurat peringkat kebangsaan susulan kebakaran hutan yang semakin buruk di wilayah Madrid dan Avila.
00:08Menteri Dalam Negeri Fernando Grande Malasca mengumumkan darurat itu pada Jumaat selepas beberapa kebakaran hutan terus meribak ke beberapa kawasan.
00:19Kementerian Dalam Negeri mengalumkan keputusan itu dibuat susulan kejadian kebakaran yang berlaku serentak,
00:24keadaan cuaca yang tidak menggalakkan serta keperluan menggerakkan lebih banyak aset dan anggota daripada pelbagai agensi.
00:29Pihak berkuasa terus mengambil kira keperluan pemindahan penduduk, ancaman terhadap kawasan penempatan serta risiko kebakaran meribak ke wilayah lain.
00:37Unit Kecemasan Tentera kini mengetuai operasi memadam kebakaran dan menyelaras tindakan kecemasan.
00:43Kerajaan wilayah Madrid mengalumkan keadaan masih kritikal dengan tiga kebakaran besar masih aktif dan belum dapat dikawal sepenuhnya.
00:50Lebih 10,000 penduduk telah dipindahkan sebagai langkah keselamatan.
00:53Pihak berkuasa memberi amaran kebakaran berpotensi terus meribak berikutan cuaca panas, keadaan kering dan tiupan angin kencang yang menyukarkan usaha
01:01pemadaman.
Comments