Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
MOF memaklumkan jualan diesel di Sabah dan Sarawak mencecah 200 juta liter sebulan, jauh melebihi anggaran penggunaan. Ketirisan, penyeludupan dan subsidi kepada bukan warganegara antara sebab pembaharuan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan.
Transcript
00:00Jumlah diesel terjual di stesen minyak di Sabah dan Sarawak pada Mac dan April lalu mencecah 200 juta liter sebulan,
00:08dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahap sepatutnya berdasarkan bilangan kenderaan diesel berdaftar untuk kedua-dua negeri.
00:14Perkara itu dimaklumkan, Kementerian Keuangan sekaligus menjadi antara tiga alasan utama mengapa kerajaan mengambil langkah melaksanakan pembaharuan penyasaran subsidi diesel.
00:25Menurut MOF, jurang harga ketara antara harga diesel bersubsidi di Sabah dan Sarawak RM2.15 seliter dengan harga pasaran meningkat
00:34aktiviti penyeludupan selain tiris kepada bukan warga negara yang tidak sepatutnya menikmati subsidi.
00:39Dua lagi alasan adalah pertambahan perbelanjaan subsidi bahan api akibat lonjakan harga dan gangguan rantaian bekalan, susulan konflik Asia Barat
00:48yang teruk mengancam keterjaminan bekalan selain faktor kejayaan Budi-95 melalui mekanisme pengesahan MyCard yang diterima rakyat.
00:57MOF berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Dato' Nelson Anggang melalui jawapan lisan Dewan Negara yang disiarkan di laman web
01:04Parlimen.
01:05Mengelah selanjut, MOF menegaskan meskipun kerajaan bersama Petronas bertungkus lumus memperbagaikan sumber bekalan bagi memastikan kelansungan bekalan bahan api negara,
01:15usaha ini menjadi sia-sia sekiranya isu keterisian tidak ditangani dengan tegas.
01:19Hal ini lebih ketara di Sabah dan Sarawak kerana bukan warga negara teruk menikmati harga diesel bersubsidi RM2.15 seliter.
01:27Mengenai pembaharuan Budi Bandar ini, MOF memaklumkan ia membawa dua impak utama iaitu kelansungan bekalan diesel terjamin di pasaran negara
01:35serta rakyat dapat terus menikmati diesel pada harga yang lebih rendah.
01:40Mengelah selanjut, keterisan akibat penyeludupan dan penyalahgunaan oleh bukan warga negara dan industri dapat dibendung lebih berkesan apabila harga dipam
01:48ditetapkan pada harga pasaran sekaligus menjamin kelansungan bekalan di pasaran negara.
Comments

Recommended