00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meneruskan pelaksanaan tarif baru antara 10 hingga 12.5% ke atas import daripada 60
00:08negara rakan dagang utama Amerika.
00:11Langkah itu disifatkan sebagai usaha Washington membanteras kemasukan produk yang dikaitkan dengan buruh paksa dalam rantaian bekalan global.
00:20Langkah itu akan berkuat kuasa sebaik tarif sementara 10% yang dikenakan di bawah Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 tamat
00:30pada Jumaat.
00:30Wakil Perdagangan Amerika, Jameson Guerrier berkata, tindakan tersebut bertujuan memastikan rakan dagang Amerika mengambil langkah lebih tegas dalam bantras penggunaan
00:40buruh paksa dalam rantaian bekalan global.
00:42Menurut beliau, Amerika telah lama mengatkuasakan larangan terhadap import yang menggunakan buruh paksa dan menggesa negara lain melaksanakan standar yang
00:50sama.
00:51Pentadbiran Trump kini menggunakan Seksyen 301 Akta Perdagangan 1974 yang membenarkan tindakan perdagangan dikenakan terhadap negara yang didapati mengamalkan amalan
01:01perdagangan yang tidak adil atau diskriminatif.
01:05Bagaimanapun, beberapa produk termasuk minyak dan gas serta baja dikecualikan daripada tarif baharu itu, manakala produk yang layak di bawah
01:12perjanjian Amerika Syarikat, Mexico, Canada, USMCA turut tidak terjejas.
01:18Langkah terbaharu ini dijangka meningkatkan kos import kepada syarikat di Amerika yang berpotensi diterjemahkan kepada harga pengguna yang lebih tinggi.
01:26Menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa ILO, kira-kira 27.6 juta individu di seluruh dunia berada dalam situasi buruh paksa pada
01:35tahun 2021.
Comments