00:00Menteri Perindustrian Korea Selatan Kim Jong-Kwan berlepas ke Amerika Syarikat pada Rabu
00:05bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai kanan negara itu mengenai kerjasama perdagangan dan pelaburan.
00:11Perbincangan itu ketika Seoul bersiap sedia menghadapi pengumuman Amerika
00:16mengenai tarif tambahan di bawah Seksyen 301 Akta Perdagangan.
00:21Lawatan itu berlangsung menjelang keputusan yang dijangka diumumkan Amerika
00:25berhubung siasatan terhadap amalan perdagangan dikaitkan dengan buruh paksa
00:30yang menurut media tempatan berpotensi meningkatkan tekanan tarif ke atas ekspor Korea Selatan.
00:37Jong-Kwan akan berada di Washington dari 22 hingga 25 Julai
00:41dan dijadual mengadakan pertemuan dengan Siti Usaha Perdagangan Amerika, Howard Lucknick
00:46bagi membincangkan pelaburan strategik Korea Selatan di Amerika serta isu dua hala yang lain.
00:52Beliau turut di jadual bertemu Siti Usaha Tenaga Amerika, Chris Reich
00:56dan pegawai lain pentadbiran negara itu bagi membincangkan kerjasama dalam sektor sumber asli dan tenaga.
01:03Selain mengadakan pertemuan dengan anggota Kongres berhubung isu perdagangan dan pelaburan,
01:08Jong-Kwan berkata, lawatan itu juga akan dimanfaatkan untuk memperincikan lagi projek pelaburan
01:14yang berkaitan dengan Undang-Undang Korea Selatan yang berkuat kuasa pada Jun
01:18bagi menyokong pelaburan strategik di Amerika.
01:21Beliau turut memaklumkan bahawa Seoul akan berusaha melaksanakan perjanjian tarif dengan Washington
01:27serta mengekalkan kestabilan hubungan perdagangan dua hala.
Comments