00:00Sebanyak 28,127 syarikat melibatkan 68,669 kenderaan perdagangan di Sabah, Sarawak dan wilayah Persekutuan Labuan
00:09telah berdaftar di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi SKDS setakat 18 Julai lalu.
00:15Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kawasan Hidup, Datuk Armizan Muhammad Ali berkata,
00:20angka itu menunjukkan perkembangan positif pelaksanaan SKDS di ketiga-tiga wilayah berkenaan sejak ia diperluaskan pada 1 Julai lalu.
00:28Untuk pengangkutan darat awam ada 2,116 syarikat, kenderaannya 3,433.
00:37Untuk sektor kedua yang pengangkutan darat barangan keperluan pengguna ada 18,777 syarikat yang telah diluluskan dan kenderaannya 51,679.
00:51Dan untuk sektor baru yang diperkenalkan ini yang syarikat peniaga kecil dan mikro ini sudah ada 7,241 syarikat yang
01:01diluluskan dengan 13,557 kenderaan.
01:06Mengulas lanjut, beliau berkata syarikat yang diluluskan di bawah SKDS perlu mendapatkan fleet card daripada syarikat minyak yang terlibat bagi
01:16membolehkan pembelian diesel bersubsidi dilakukan.
01:18KPDN juga kini sedang meneliti beberapa cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan SKDS bersama Kementerian Keuangan selain meneruskan sesi libat urus dengan
01:30Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi memastikan pelaksanaan dasar itu lebih berkesan.
01:36Sehingga 18 Julai lalu, sebanyak 172,955 syarikat melibatkan 464,797 kenderaan perdagangan telah berdaftar di bawah SKDS di seluruh
01:51negara.
Comments