Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Iran melancarkan lebih banyak serangan ke atas sekutu Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk dan Jordan pada Sabtu, susulan malam ketujuh berturut-turut serangan AS terhadap sasaran ketenteraan Iran.
Transcript
00:00Iran sebelum itu melancarkan lebih banyak serangan ke atas sekutu AS di Rantau Teluk dan Jordan pada Sabtu susulan malam
00:07ketujuh berturut-turut serangan Washington terhadap sasaran ketenteraan Iran.
00:11Perkembangan itu meningkatkan lagi ketegangan konflik seminggu selepas gencetan senjata antara kedua-dua belah pihak gagal dipertahankan.
00:21Kuwait dilaporkan berdepan serangan berterusan dengan sebuah loji penyah garaman air terkena serangan.
00:26Manakala operasi di lapangan terbang antarabangsa Kuwait digantung susulan ancaman berulang serangan peluru berpandu dan drone.
00:33Korp Pengawal Revolusi Islam Iran IRGC mendakwa pihaknya menyeram pusat sokongan ketenteraan Amerika di Kem Arifjan dan memusnahkan kemudahan radar
00:40di pangkalan udara Ali Al-Salim.
00:43Syarikat petrolium Kuwait kemudiannya memaklumkan salah satu kemudahan minyaknya terkena serangan berulang Iran menyebabkan kerusakan besar dan beberapa kecederaan.
00:51Angkatan Tentera Kuwait pula berkata pihaknya berjaya memintas peluru berpandu balistik dan drone Iran pada awal Sabtu.
00:58Sejumlah anggota bomba dan pekerja sektor minyak turut dilaporkan cedera ketika menjalankan operasi susulan serangan berkenaan.
01:04Serangan Iran itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat yang menyaksakan jambatan, kemudahan jana kuasa elektrik dan infrastruktur
01:12lain di Iran.
Comments

Recommended