Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
MCA menegaskan kerjasama BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan bertujuan mengelakkan perpecahan undi tanpa menjejaskan prinsip, ideologi serta fungsi semak dan imbang setiap parti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerjasama antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan disifatkan sebagai langkah strategik bertujuan mengelakkan pertembungan pelbagai
00:09penjuru sehingga mencetuskan kekeliruan politik dan memecahkan sokongan pengundi.
00:14Presiden MCA, Bratul Sriwi Kasyong menegaskan kerjasama itu tidak bermaksud penggabungan.
00:20Sebaliknya, setiap parti kekal dengan ideologi, pendirian serta peranan masing-masing termasuk dalam melaksanakan fungsi semak dan imbab.
00:28Matlamatnya adalah untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan berkaliber bagi memastikan pembangunan berterusan di Negeri Sembilan.
00:40Kerjasama tidak bermaksud penggabungan. Sebaliknya, setiap parti tetap pukalkan ideologi, pendirian serta peranan semak dan imbang masing-masing.
00:50Pada masa sama, Kasyong menegaskan penglibatan MCA dalam kerjasama itu adalah bagi memastikan kepentingan masyarakat majmuk terus terpelihara serta tidak
01:01menyokong mana-mana dasar yang menjejaskan hak rakyat.
01:04Penyertaan MCA dalam kerjasama ini adalah untuk memastikan masyarakat China, masyarakat majmuk, pendirian venakular dan kebebasan agama mempunyai wakil dan
01:16suara di dalam kerajaan.
01:19Kerjasama ini berlandaskan kepimpinan rakyat bukannya sokongan tanpa syarat.
01:25MCA akan menentang mana-mana dasar yang menjejaskan hak dan kepentingan rakyat majmuk di Malaysia.
01:31Tambahnya, apa yang lebih diperlukan rakyat adalah kerajaan yang mampu menyelesaikan isu kehidupan harian.
01:37Sementara pilihan raya negeri, Negeri Sembilan menjadi medan untuk memilih wakil rakyat yang berkeupayaan dan mampu menunaikan janji.
01:46Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hari penamaan calon pilihan raya PRN Negeri Sembilan di Seremban pada Sabtu.
Comments

Recommended