00:00Rakyat Malaysia yang berada di Chile dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa, mengelakkan kawasan terjejas dan mengikuti perkembangan
00:09cuaca semasa sesulan cuaca buruk yang masih memberi kesan kepada sebahagian besar kawasan tengah dan selatan negara itu.
00:17Kedutaan besar Malaysia di Chile juga menasihatkan rakyat Malaysia supaya merancang pergerakan atau menangguhkan urusan lawatan ke wilayah yang terjejas
00:24sehingga keadaan kembali pulih.
00:28Ujahnya mereka yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai malumat mengenai warga negara Malaysia yang mungkin terjejas boleh hubungi pihak kedutaan.
00:36Berdasarkan rekod pendaftaran kedutaan, tiada rakyat Malaysia berada di kawasan yang terjejas dan setakat 10 pagi Sabtu dengan tiada laporan
00:43diterima mengenai rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana itu.
00:47Sehingga 16 Julai, seramai 45 rakyat Malaysia yang berada di Chile telah berdaftar dengan kedutaan termasuk home-based staff, HBS,
00:54kedutaan besar dan ahli keluarga mereka.
00:57Menurut kedutaan, pihaknya telah mempunyai rakyat Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai keadaan semasa selain mengadakan komunikasi secara berterusan menerusi kumpulan
01:04WhatsApp.
01:05Kerajaan Chile telah mengisytiharkan darurat pencegahan di 10 daripada 16 wilayah sehingga 21 Julai berikutan amaran pihak berkuasa mengenai cuaca
01:12buruk yang dikaitkan dengan El Nino.
01:14Laporan media menyatakan kira-kira 257,000 pengguna terputus bekala elektrik terutama di wilayah-wilayah selatan Chile.
01:22Pihak berkuasa juga dilaporkan menutup beberapa jalan raya utama atas faktor keselamatan bagi menghadkan pergerakan orang ramai.
Comments