Skip to playerSkip to main content
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan sebanyak 19 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kempen yang diterima sejak semalam sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

#PRNNegeriSembilan #NegeriSembilanMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:02Ketua Polis Negeri 9, Dato' Al-Zafni Ahmad sahkan pihaknya meluluskan 19 permohonan permit bagi penganjuran ceramah dan aktiviti kampen
00:11sepenuh pilihan raya negeri PRN Negeri 9 ke-16.
00:15Menurut beliau, permohonan tersebut diluluskan selepas memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
00:22Beliau berkata bagaimanapun setiap program dan aktiviti politik akan dipantau bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan
00:31dan ketentraman awam.
00:32Katanya secara keseluruhan, situasi keselamatan dan ketentraman awam sepenyang proses PRN Negeri 9 ke-16 ketika ini berada pada tahap
00:40baik dan terkawal.
00:42Dari aspek pengukusan, polis hanya menerima satu laporan polis dan tiada kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka.
00:48Al-Zafni berkata polis akan terus mempertingkat tahap kesiapsagaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung.
00:56Beliau berkata sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan secara tegas, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi.
01:03Al-Zafni berkata orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama penuh kepada anggota PDRM
01:11di lapangan bagi memastikan PRN Negeri 9 berlangsung dalam suasana yang aman, harmoni, selamat dan teratur.
01:18Terima kasih.
Comments

Recommended