00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat terus bersatu bagi menjadikan Malaysia lebih maju dari pelbagai sudut.
00:06Perdana Menteri percaya bahawa Malaysia boleh diangkat sebagai negara hebat dan berjaya dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, pengkomputeran, kuantum dan
00:15juga kecerdasan buatan AI.
00:18Beliau memberi contoh perak yang dahulunya terkenal dengan biji timah dan balak, kini menjadi pengeluar kenderaan automotif yang hebat.
00:26Selain Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian, KIGIP yang bakal menjadi satu pusat teknologi hijau baru.
00:33Jadi saudara-saudara, jadi ini dia kata pengisian. Bukan meninggalkan pertanian, modern, teknologi dalam pelbagai bidang, itu semua perlu.
00:46Tapi saya nak sebutkan, ini dia matlamat kita.
00:53Tumpu ke arah membangunkan negara, Malaysia yang tercinta.
00:58Jadi kita fikir soal negara, sebab itulah jalur gemilang ini yang menyemai semangat ini sangat penting.
01:09Kekuatan kita adalah bersekutu bertambah mutu unity in diversity untuk apa?
01:19untuk angkat, martabat, harakat, darjat rakyat dalam semua bidang.
01:28Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026
01:34di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Sultan Azlan Shah, Tanjung Rabutan pada Ahad.
01:40Perdana Menteri berkata ketika banyak negara lain dihimpik krisis Perang Teluk dan sekatan Selat Hormuz,
01:47Malaysia mampu menawarkan pelbagai bantuan dan kemudahan untuk rakyat.
01:51Beliau memberi jaminan kerajaan akan menggunakan kekayaan untuk menyemai semangat kemerdekaan
01:56dan bermaknanya selain memastikan program-program seperti Tunai Rahma, Sara dan Bantuan Persekolahan
02:02yang melibatkan kos lebih RM20 bilion dapat diteruskan.
Comments