00:00Kilian Mbappé mencipta sejarah apabila memecahkan rekod jaringan Piala Dunia sepanjang karier milik Lionel Messi selepas meledak dua gol untuk
00:08Perancis dalam aksi penentuan tempat ketiga menentang England pada Sabtu.
00:12Dua gol tersebut menjadikan jumlah keseluruhan jaringan Mbappé dalam sejarah Piala Dunia meningkat kepada 22 gol mengatasi rekod Messi yang
00:20sebelum ini mencatat 21 gol.
00:22Dalam saingan Piala Dunia 2026 pula, Mbappé kini mengumpul 10 gol, dua gol di hadapan Messi dalam perubatan kasut emas
00:29Piala Dunia yang dianugerahkan kepada penjaring terbanyak kejohanan.
00:33Mbappé sebelum ini memenangi kasut emas Piala Dunia 2022 di Qatar selepas menjaringkan lapan gol.
00:40Namun Perancis gagal menjelang trofi selepas tewas kepada Argentina kendalian Messi menerusi penentuan penalti di final.
00:47Walaupun aksi tempat ketiga tidak menawarkan trofi utama, Mbappé masih mempunyai peluang untuk meraih kasut emas keduanya dalam kejohanan ini.
Comments