00:00Sudah tentu. Semua data dan analisis akan juga kami gabungkan dengan wartawan-wartawan kami yang sudah pun berada di lapangan.
00:07Salah seorangnya adalah Syaf Syukri. Yang difahamkan kini bercalan secara langsung dari Parlimen Port Dixon, Syaf yang mempunyai dua kerusi
00:13diwandangan negeri di PDF, Chua dan juga Lukut.
00:17Dan kedua-dua kerusi ini kalau kita lihat data adalah kerusi kubu kuat Pakatan Harapan sejak beberapa PRN yang lepas.
00:25Bagaimana dalam kita berbincang dengan jajaran baru barisan nasional dan PAS ini, bagaimana Pakatan Harapan termasuk di Port Dixon memastikan
00:36mereka kekal dominan di kerusi-kerusi sebegini?
00:43Terima kasih Lukman. Di Bukit Jalil pertama sekali Lukman, di bawah Parlimen Port Dixon di mana kita tahu penyandangnya Dato'
00:50Sri Aminuddin Harun sendiri, sebenarnya ada lima kerusi don.
00:53Yang pertama, Linggi, Bagan Pinang, Cuah, Lukut dan Sri Tanjung.
00:59Kalau dilihat daripada kelima-lima don ini Lukman ya, tiga kerusi merupakan milik PH, Lukut, Sri Tanjung dan juga Cuah.
01:08Manakala Linggi, kita tahu kubu kuat barisan nasional dan juga Bagan Pinang yang juga merupakan kubu kuat barisan nasional namun
01:16jatuh ke tangan Perikatan Nasional pada PRN 2023.
01:19Dan kalau kita nilai, sepanjang pengamatan saya berada di dua lokasi setakat ini, dari Rembau ke Port Dixon dan melalui
01:28analisa dan juga perkongsian rakan-rakan yang berada di beberapa lokasi utama lain di sekitar Negeri Sembilan ini Lukman,
01:34mungkin kesimpulan awal yang dapat saya ataupun dapat kami katakan di sini bahawa PRN Negeri Sembilan pada kali ini bukan
01:41sekadar melihat kepada siapa calon yang akan dipertandingkan di sesuatu don,
01:45namun melihat kepada fokus yang lebih besar, jajaran ataupun strategi kerjasama politik baru melibatkan antara barisan nasional dan juga Perikatan
01:57Nasional.
01:57Dan seperti yang kita tahu Lukman, pada tahun 2022, kerajaan di peringkat Persekutuan terbentuk menerusi kerajaan perpaduan,
02:09gabungan utamanya melibatkan Pakatan Harapan dan juga barisan nasional dan formula sama digunapakai di peringkat Negeri untuk Pilihan Raya Negeri
02:18tahun 2023
02:19di mana BN dan juga PH melakukan pengagihan kerusi. 19 kerusi untuk PH, 17 untuk BN dan tiada pertembungan berlaku
02:28di mana-mana kerusi tersebut
02:29dan formula tersebut mungkin akan memudahkan pengundi untuk memilih mengikut rencah ataupun mengikut rentak di peringkat Persekutuan.
02:38Namun untuk PRN pada kali ini, pergerakannya agak dinamik dan agak berbeza kerana kita tahu barisan nasional melakukan kerjasama strategik
02:47dengan Perikatan Nasional
02:48dan itu mungkin orang akan berfikir bahawa undi dalam persaingan dua penjuru yang berlaku pada 2023 melibatkan BN atau PH
02:57bersama dengan calon PN,
02:58undi daripada PH itu dan juga PN itu mungkin akan diberikan kepada BN.
03:06Namun situasi berbeza kerana kita tahu Bersatu bukan lagi rakan gabungan dalam PN dan Bersatu juga sudah mengumumkan untuk bertanding
03:14secara solo
03:15di 24 kerusi don untuk PRN pada kali ini.
03:19Dan perlu kita faham dan perlu kita lihat adakah kerjasama strategik di antara BN dan juga PN ini akan menguntungkan
03:27kedua-dua pihak?
03:27Adakah pengundi yang setia dengan PN yang sebelum ini setia ataupun memilih Bersatu, memilih calon daripada Bersatu akan memberikan undi
03:35mereka kepada barisan nasional?
03:37Dan begitu juga sebaliknya yang perlu kita lihat dan itu perlunya untuk kita faham bagaimana sifat lokaliti di sini untuk
03:44setiap don
03:45dan bagaimana proses pemberian undi pada hari mengundi 1 hari bulan 8 ini akan diterjemahkan di atas kertas.
03:51Perbincangan mungkin berlaku di peringkat atasan, siapa yang untung, siapa yang rugi, adakah gabungan ini akan,
03:57adakah kerjasama politik di antara PN dan BN ini akan memberi keuntungan kepada kedua-dua parti
04:01dan adakah ini akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan?
04:04Itu persoalan yang cukup besar yang perlu sama-sama kami terus bawakan dan itu antara fokus utama
04:09kalau kita melihat kepada beberapa kawasan don juga dan insyaAllah kita akan meneliti,
04:14kita akan membawakan juga kisah-kisah rakyat, kita akan memberikan tumpuan kepada kerusi-kerusi panas
04:19seperti Luqman sebutkan tadi, jumlah kerusi panas dan juga kerusi tumpuan akan bertambah
04:24dan kita melihat juga kepada apa yang menjadi aspirasi, apa yang menjadi keinginan pengundi-pengundi di sekitar don di Negeri
04:32Sembilan
04:33adakah mereka terus berpaksikan kepada parti politik atau mereka terus setia kepada parti politik yang mereka sokong
04:39sejak sekian lama atau mereka memilih untuk setia atau memilih, melakukan pemilihan berdasarkan karakter
04:46atau perwatakan seseorang individu ataupun calon yang dicalonkan di kerusi don masing-masing.
04:51jadi saya kira Luqman sekian untuk waktu ini, banyak lagi cerita akan kami kongsikan
04:55akan kami terus bawakan kepada anda penonton Siti Astrawani di saluran 501
04:59di platform media sosial Astrawani dan juga Astrawani.com
05:05semestinya bermula esok kami akan bawakan juga kisah rakyat, aspirasi rakyat
05:09dan apa yang menjadi antara fokus dan keinginan mereka menjelang PRN Negeri Sembilan yang ke-16 1 Ogos ini.
05:16Luqman
Comments