00:00Bayangkan pada satu malam di sebuah lokasi di Lembah Kelang,
00:05seorang pemilik baru kenderaan EV sedang charge keretanya.
00:10Dia rasa dia dah buat sesuatu yang baik untuk alam sekitar.
00:15Tapi, betul ke?
00:18Columnist FMT, Kay Kati Guggen, dalam rencana terbarunya berpandangan,
00:24ramai mungkin tak sedar tenaga elektrik yang masuk ke bateri kereta itu
00:29mungkin datang dari stesen jana kuasa yang masih bakar arang batu.
00:35Kebanyakannya diimport dari Indonesia.
00:37Itu hakikat di sebalik ledakan EV di Malaysia.
00:41Kita bukan hapus pelepasan karbon sepenuhnya.
00:44Kita cuma alih asap daripada pipe exhaust kereta ke cerobong stesen jana kuasa.
00:51Asap itu masih ada, cuma kita dah tak nampak.
00:54EV memang lebih cekap, lebih murah digunakan dan lepasan karbon lebih rendah berbanding kereta petrol.
01:01Masalahnya bukan EV.
01:04Masalahnya elektrik yang gerakkan EV.
01:07Selagi grid elektrik bergantung kepada arang batu, selagi itu EV belum benar-benar bersih.
01:14Jadi, persoalannya bukan lagi berapa banyak EV bercahaya dijual.
01:19Tapi sampai bila kita nak hasilkan elektrik guna arang batu,
01:24sedangkan kita ada cahaya matahari hampir sepanjang tahun.
01:28Malaysia berada di garisan katul istiwa dengan bekalan cahaya matahari hampir sepanjang tahun.
01:34Kita juga antara pengeluar panel solar terbesar dunia.
01:38Ironinya, panel solar kita diekspor ke luar negara.
01:42Tapi elektrik kita masih banyak guna arang batu.
01:45Lebih pelik, kos jana elektrik guna solar kini juga makin lebih murah berbanding sedekat lalu.
01:52Memang ada satu cabaran besar, matahari bukan bersinar 24 jam.
01:57Bila malam, panel solar pun berhenti hasilkan elektrik.
02:01Sedangkan waktu itulah ramai orang balik rumah,
02:04pasang lampu, pendingin hawa dan pelbagai peralatan elektrik.
02:08Sebab itu, kita perlukan bateri yang boleh simpan tenaga pada waktu siang
02:13supaya boleh guna semula pada waktu malam.
02:16Berita baik, teknologi itu sudahpun ada.
02:20Kos bateri semakin murah.
02:22Malah Malaysia sendiri sudah mulakan projek
02:24gabungkan ladang solar dengan sistem penyimpanan tenaga.
02:29Penulis juga kata Iwi ialah langkah pertama yang baik.
02:33Tidak dinafikan.
02:35Tapi matahari yang sudah lama ada atas kepala kita,
02:38percuma saja.
02:40Gunakanlah ia daripada terus tunggu arang batu dari negara seberat.
02:45Baca artikel penuh tulisan K kata Googlegan
02:49seperti yang tertera.
02:51Saya Zaharul Alam Yayi Syahir, FNT.
Comments