00:00Pengurusi Barisan Nasional Zahid Amidi memberi peringatan kepada parti komponen yang berhasrat untuk meninggalkan gabungan itu
00:06supaya membuat pertimbangan secara mendalam kerana mereka mungkin tidak akan diterima semula pada masa depan.
00:13Walaupun Zahid tidak menyatakan parti komponen BN yang dimaksudkan, kenyataannya dibuat di tengah-tengah spekulasi.
00:20Kononnya MIC dan MCA mungkin meninggalkan gabungan itu.
00:24Pada 7 Disember, Presiden MCA Wee Ka Siong dilaporkan berkata, parti itu akan menilai semula kedudukannya dalam BN sekiranya UMNO bertegas untuk meneruskan kerjasama dengan parti-parti lain di luar gabungan tersebut khususnya DAP.
00:41MIC juga berada di persimpangan sama ada untuk meninggalkan BN malah telah menghantar pertanyaan kepada Perikatan Nasional
00:47bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemungkinan menyertai gabungan pembangkang itu.
00:53Zahid kemudiannya berkata, lanskap politik negara kekal dinamik dengan PRU akan datang kurang daripada 2 tahun lagi.
Comments