Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberi amaran tindakan berterusan menuntut kerusi disandang sekutu boleh mencetuskan ketegangan serta menjejaskan hubungan dalam gabungan.
00:00DAP wajar tumpu kepada kerusi bandar berbanding kawasan pedalaman yang sebahagiannya disandang tokoh berpengaruh dalam gabungan rakyat Sabah, rakan kerjasamanya pada PRN akan datang, menurut penganalisis.
00:15Bill Cebala dari Universiti Malaysia Sabah memberi amaran tindakan berterusan menuntut kerusi disandang sekutu, boleh mencetuskan ketegangan serta menjejaskan hubungan, malah berisiko membawa kekalahan.
00:28Beliau memberi contoh cadangan meletakkan bekas ahli parlimen tenum, Nurita Sual dari Pakatan Harapan di Don Kemabung yang kini disandang naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah, Rubin Balang.
00:41Katanya Rubin ialah tokoh tempatan dengan sokongan akar umbi dan sebarang cabaran terhadap beliau mungkin dianggap sebagai tindakan luar yang tidak sensitif terhadap dinamika politik tempatan.
00:53Lee Kok Tiong juga dari UMS turut sependapat DAP harus memberi fokus kepada kerusi bandar berbanding luar bandar, memandakan persaingan sengit dijangka berlaku pada PRN kali ini.
01:05Bagaimanapun penyelidik Borneo Geopolitics and Electoral Studies, Syahruddin Awang Ahmad berpandangan disebalik tumpuan diberikan kepada kawasan bandar,
01:15DAP tidak boleh mengabaikan imej sebagai parti pelbagai kaum jika ingin menawan lebih banyak kerusi di Sabah.