00:00Perikatan Nasional mengecam serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli
00:06yang berusia 12 tahun menifatkannya sebagai ancaman serius kepada demokrasi Malaysia.
00:12Ketua Pembangkang Taki Yudin Hassan menyelar insiden terbabit sebagai tidak boleh diterima sama sekali
00:18di mana anak Rafizi diseret dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh penyerang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
00:27Ahli Parlimen Kota Baru itu juga berkata PN mengambil maklum kenyataan Rafizi
00:32bahawa serangan itu bertujuan sebagai amaran untuk beliau berhenti bersuara dalam isu tertentu.
00:39Sambil menyatakan sokongan moral PN terhadap Rafizi dan keluarganya,
00:43Taki Yudin berkata PN turut mendoakan agar anak Rafizi pulih sepenuhnya.
00:49Beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi
00:53atau spekulasi yang mungkin sengaja dicipta untuk memecah belahkan masyarakat akibat serangan itu.