00:00Maghribi menandatangani satu perjanjian bagi menyertai pasukan penstabilan antarabangsa ISF di Senanjung Gaza menerusi penempatan pegawai kanan tenteranya dalam struktur
00:11pemerintahan bersama pasukan tersebut.
00:13Angkatan tentera di Raja Maghribi dalam kenyataannya berkata, langkah negara itu menyertai ISF merupakan cerminan kepada komitmen bersama untuk menyumbang
00:23kepada keamanan dan keselamatan menerusi pelaksanaan inisiatif kemanusiaan serta keselamatan.
00:31Perjanjian itu ditandatangani susulan pertemuan di Rabat yang melibatkan Menteri Luar Nasir Borita, Menteri Pertahanan Adelatif Ludihi serta utusan utama
00:40Board of Peace BOP bagi Gaza Nikolai Madinov.
00:45Kenyataan itu memaklumkan pertemuan tersebut diadakan atas titah Raja Maghribi Raja Muhammad.
00:50Jelas pihak tentera Maghribi, perjanjian berkenaan menyediakan kerangka perundangan yang mengawal aspek teknikal dan operasi Maghribi dalam pasukan pelbagai negara
00:58itu.
00:58Tegasnya penyertaan negara itu juga mencerminkan komitmen berterusan terhadap nilai keamanan, kerjasama dan solidariti antarabangsa.
01:07Pada 22 September tahun lalu, Presiden Donald Trump mengumumkan pelan 20 perkara bagi menamatkan perang di Gaza.
01:13Pelan itu merangkumi pembebasan tebusan Israel, pengunduran sebagian tentera Israel dari Gaza, pembentukan kerajaan teknokratik, penempatan pasukan perstabilan antarabangsa serta
01:23pelucutan senjata Hamas.
01:25Bagaimanapun, menurut Hamas, kumpulan itu telah memenuhi komitmennya di bawah fasa awal pelan berkenaan, namun mendakwa Israel gagal melaksanakan obligasinya
01:33dan meneruskan serangan harian di Gaza.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments