Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Harga minyak dunia melonjak sekitar dua peratus pada Selasa ke paras tertinggi dalam tempoh empat minggu susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan semula sekatan laut terhadap Iran, selain peningkatan serangan antara kedua-dua negara di kawasan strategik Selat Hormuz.
Transcript
00:00Harga minyak dunia melonjak sekitar 2% pada selasa ke paras tertinggi dalam tempoh 4 minggu susulan tindakan Amerika Syarikat
00:08mengenakan semula sekatan laut terhadap Iran.
00:11Kenaikan turut didorong peningkatan serangan antara kedua-dua negara di kawasan strategik selat humus.
00:18Niaga hadapan minyak mentah brand meningkat $1.68 atau 2% kepada $84.98 setong pada 12.51 tengah hari
00:30waktu tempatan.
00:31Manakala minyak mentah West Texas Intermediate WTI Amerika Syarikat naik $1.65 atau 2.1% kepada $79.79 setong.
00:43Kenaikan itu berlaku selepas harga minyak brand melonjak 9.6% pada sesi dagangan sebelumnya peningkatan harian terbesar sejak Mei
00:532020.
00:54Harga minyak kini berada pada paras tertinggi sejak Amerika Syarikat dan Iran menandatangani memorandum bersefahaman untuk menamatkan konflik pada 17
01:02Jun lalu.
01:03Ketegangan semakin meningkat selepas dua kapal tangki milik Ameriah Arab Bersatu UAE terkena serangan dua peluru berpandu jelajah Iran di
01:11laluan selatan selat humus dalam peairan wilayah Oman.
01:15Penganalisis pasaran berkata perkembangan terbaru itu meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan bekalan tenaga global.
01:21Menurutnya, walaupun penutupan penuh selat humus belum berlaku, kepentingan berbeza antara kedua-dua pihak menyebabkan prospek bekalan minyak menjadi semakin
01:30tidak menentu.
01:31Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended