00:00Film Hollywood terbitan Netflix The Big Fix, lakonan Mark Wahlberg, memilih Pulau Pinang sebagai lokasi pengambaran selama dua minggu sekaligus
00:09memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai destinasi pilihan bagi produksi film antarabangsa.
00:14Ex-Ko Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata keputusan produksi bertaraf antarabangsa itu menjalankan pengambaran di
00:23negeri berkenaan merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha mempromosikan Pulau Pinang di peringkat global.
00:32Beliau berkata pengambaran yang berlangsung sejak tiga hari lalu melibatkan beberapa lokasi ikonik di pulau itu termasuk Jawi Peranakan Mansion,
00:40Chong Fadze The Blue Mansion, Lorong Ikan di Georgetown serta Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
00:45Menurutnya memandangkan The Big Fix berkisar mengenai dunia bola sepak, pengambaran turut dijalankan di beberapa stadium di Pulau Pinang dan
00:53Kuala Lumpur.
00:54Katanya produksi berkenaan disokong menerusi program Firm in Malaysia Incentive FIMI serta mendapat sokongan Pejabat Ex-Ko Pelancongan dan Ekonomi
01:02Kreatif Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP.
01:07Beliau berkata kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Penang Global Tourism PGT, pihak produksi dan agensi berkaitan bagi memastikan proses pengambaran
01:15berjalan lanjar.
01:16Menurut Hon Wai, kehadiran produksi antarabangsa bukan sahaja memberi limpahan ekonomi kepada sektor perhotelan, pengangkutan dan industri kreatif tempatan, malah
01:26memperkukuh kedudukan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan film.
01:29Beliau berkata kejayaan itu menyusuli pemilihan Pulau Pinang sebagai lokasi pengambaran film Sandiwara yang dibintangi pemenang Anugerah Akademi Tan Sri
01:38Mishelyo awal tahun ini sekaligus mencerminkan keyakinan berterusan industri film antarabangsa terhadap ekosistem pengambaran di negeri berkenaan.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments