00:04Iran tidak akan benarkan Amerika Syarikat campur tangan dalam pengurusan Selat Hormuz.
00:10Jurucakap Markas Pusat Khatam Al-Anbiya, Ibrahim Zulfaghari, juga memberi amaran kepada negara serantau supaya tidak membantu operasi ketenteraan Washington.
00:23Dalam mesej video yang disiarkan media Iran, Ibrahim tegaskan tindakan Amerika di partner strategi itu telah menjejaskan keselamatan rantau berkenaan
00:31perdagangan antarabangsa serta laluan kapal tangki minyak.
00:35Kata Ibrahim, Iran akan menganggap sebarang kerjasama atau sokongan logistik oleh negara serantau kepada tentera Amerika sebagai tindakan memerangi kedaulatan
00:43dan keselamatan negara itu.
00:44Katanya sekiranya konflik semakin luas, kesannya akan terus dirasai oleh semua negara di rantau Asia Barat.
00:51Sementara itu, jurucakap Kor Pengawal Revolusi Islam IRGC, Hussein Mohabi, menuduh Amerika membahayakan keselamatan bekalan minyak dan gas dunia melalui
00:59campur tangannya di Selat Hormuz.
01:02Beliau menegaskan, Iran akan terus melaksanakan kedaulatan dan kawalan ke atas laluan perairan strategi itu serta akan memaksa pihak asing
01:08dan sekutunya akur kepada kehendak Teheran.
01:10Kenyataan menyusul selepas Presiden Donald Trump mengumumkan Washington menguatkuasakan semula sekatan maritim terhadap Iran bagi menghalang kapal negara itu memasuki
01:19atau keluar dari Selat Hormuz.
01:20Trump turut mendakwa negara itu akan bertindak sebagai penjaga Selat Hormuz serta mengenakan caj 20% kata semua kargo yang
01:27melalui laluan perairan strategi itu yang menurutnya adalah atas dasar keadilan.
01:31Terima kasih kerana menonton!
Comments